RM39.00
Grandma Secret - Set Asas Pengurusan Uri *BEST BUY*
Price RM39.00
Product SKU GMA1001
Brand Grandma Secret
Availability In Stock
Quantity
Description

Sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat Melayu-Islam kita, setiap kali bayi dilahirkan, uri yang keluar bersama bayi ketika kelahiran ditanam.
Namun, terdapat pelbagai cara pengurusan uri bayi yang diamalkan oleh masyarakat kita, bahkan sesetengahnya ada yang pelik-pelik dan menimbulkan kesangsian.


Contoh amalan pelik menanam uri bayi yang masih diamalkan masyarakat kita ialah :

1. Menanam uri bersama pensil dan buku, dengan harapan bayi tersebut akan cepat pandai kelak.
2. Meletakkan paku dan benda-benda tajam bersama uri yang ditanam, kononnya untuk mengelakkan uri tersebut didekati 'benda-benda halus'.
3. Menyalakan unggun api berhampiran tempat ditanam uri kerana bimbangkan 'kembar bayi' itu kesejukan pada waktu malam.
4. Uri ditanam bersama kepingan duit syiling.
 
Dari hasil sedikit kajian bersumberkan internet yang dibuat, kaedah pengurusan uri bayi menurut islam adalah seperti berikut :

 

1. Hukum menanam uri bayi adalah harus.
2. Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan.
3. Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing.
4. Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku dan sebagainya adalah amalan khurafat.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews